Maymedic Technology

Teknologi Pencegahan Infeksi & Peralatan Pembedahan

 

Syarikat Maymedic Technology ditubuhkan oleh sekumpulan jurutera dan juruteknik yang sangat berpengalaman dan sentiasa mengejar kemajuan yang terkini dalam bidang Teknologi Pencegahan Jangkitan dan Peralatan Pembedahan.

 

Kami telah beroperasi sejak tahun 1978. Pada tahun 2006, kami telah dijenamakan semula sebagai Maymedic Technology.

 

Semenjak itu, kami menjadi pembekal produk Pencegahan Jangkitan seperti Sterilizer Stim, Sterilizer Suhu Rendah, Mesin Pencuci dan Penyah Kuman, Bahan Pencuci Kimia dan Produk Jaminan Steriliti. Kami juga membekal Peralatan Pembedahan seperti Meja Pembedahan, Sistem Lampu Pembedahan, Sistem Pendant Perubatan dan banyak lagi.